HomeIsu tempatanPengusaha Bot Laju Menumbok - Labuan Harap Bantuan 'One-Off' Kerajaan, Rakam Penghargaan...

Pengusaha Bot Laju Menumbok – Labuan Harap Bantuan ‘One-Off’ Kerajaan, Rakam Penghargaan Sumbangan Dari Agensi Berkaitan

Read Time:1 Minute, 44 Second

MENUMBOK: Persatuan Penambang Bot Laju Menumbok (PPBLM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas sumbangan yang disalurkan kepada ahli persatuan yang terjejas ekoran penularan COVID-19.

Pengerusi PPBLM Mohamad Sait berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, pengusaha bot terlibat sudah mula terkesan namun masih dibenarkan beroperasi meskipun tidak sepenuhnya.

“Namun selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PKP 2.0 dan PKP 3.0 dilaksanakan, kami sudah mula terkesan teruk apabila rata-rata pengusaha tidak dapat beroperasi menyebabkan sumber pendapatan kami terputus.

“Syukur, kerajaan negeri prihatin dimana beberapa agensi terlibat termasuk seorang pengusaha acara tampil menghulurkan bantuan sumbangan kepada 130 pekerja terlibat,”katanya.

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd.Arifin Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury ,Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki, Pengurus Besar  Perbananan Baitulmal Negeri Sabah  Salman Nurilah Setiausaha MUIS Ramlan Awang Ali dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Ingkim.

Di majlis tersebut  Perbananan Baitulmal Negeri Sabah menyumbang sebanyak RM13,000 Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam sabah RM5,000 selain sumbangan bakul makanan dari Yayasan Dakwah Malaysia Cawangan Sabah (YADIM) dan juga seorang pengusaha acara  dari  SR Events Production Sharom Abd. Ghaffar yang turut  menyumbangkan baucer untuk   pembelian barangan.

Mohamad berkata dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringaknan beban ahli persatuan dan keluarga mereka yang mana kebergantungan mereka mencari sumber pendapatan harian hanya bergantung sepenuhnya kepada aktiviti tersebut.

Pengerusi Persatuan Penambang Bot Laju Menumbok Mohamad Sait sambil diperhatikan Arifin dan Limus menerima repalika cek dari Pengurus Besar PBNS Salam Nurilah semasa majlis tersebut

Beliau juga turut berharap agar bantuan “One Off” dibawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0 sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini agar mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

“Penularan pandemik virus COVID-19 tidak akan secepat itu  berakhir apa lagi ketika ini Labuan terjejas teruk dengan penularan tersebut menyebabkan bot kami tidak dapat beroperasi ke sana” katanya.

Bot Laju merupakan perhubungan laut yang utama digunakan penduduk sekitar untuk ke Labuan melalui Menumbok namun terpaksa dihentikan berikutan pelaksanaan PKP.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular