SPRM Tahan Lelaki Rasuah Penguatkuasa, Lindungi Kegiatan Judi

Read Time:46 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai merasuah anggota penguatkuasa sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram kumpulannya, kira-kira 11 pagi tadi.

Difahamkan dua orang suspek wanita masing-masing berusia 23 tahun dan 57 tahun turut ditahan bersama lelaki itu yang juga ketua kumpulan berkenaan dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tawau yang menjalankan kegiatan judi haram, dipercayai sejak tahun lepas.

Turut dirampas sejumlah wang tunai kira-kira RM40,000 dan sitaan akaun lebih RM300,000 melibatkan empat akaun bank dipercayai hasil daripada kegiatan judi haram.

Pengarah SPRM Sabah S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata semua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata beberapa tangkapan susulan berkaitan kes itu akan dijalankan tidak lama lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *