HomeUtamaCOVID-19 : 4 Kawasan Di Sabah Dikenakan PKPD, 7 Lagi Ditamatkan

COVID-19 : 4 Kawasan Di Sabah Dikenakan PKPD, 7 Lagi Ditamatkan

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak empat kawasan dan lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Rabu ini sehingga 6 Julai depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara kawasan terlibat adalah di dua lokaliti di Tawau iaitu Blok 11 Kampung Titingan dan Batu 7 Jalan Tinagat.

Katanya, selain itu dua lagi kawasan turut dikenakan PKPD iaitu di Kampung Ejuk Kota Belud dan PKPD Kampung Warisan Kota Kinabalu.

“Bagi dua lokaliti di Tawau, sehingga kini, sebanyak 13 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Blok 11 Kampung Titingan selepas 36 individu disaring manakala di Batu 7, Jalan Tinagat terdapat 12 kes dilaporkan hasil daripada 15 ujian saringan dilakukan oleh KKM di lokaliti tersebut.

“PKPD Kampung Ejuk Kota Belud pula merekodkan sebanyak lapan kes positif selepas 16 individu disaring dengan kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, bagi PKPD Kampung Warisan Kota Kinabalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 13 kes telah direkodkan di lokaliti ini engan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Sementara itu, beberapa kawasan yang telah dikenakan PKPD sebelum ini turut ditamatkan mengikut jadual antaranya di tiga lokaliti di Tawau iaitu Bandar Apas Permai; Bandar Sri Indah dan Taman Megah Jaya.

Katanya, selain itu PKPD Kampung Narandang Kudat dan PKPD Ladang FGV Kalabakan Selatan Kalabakan akan ditamatkan pada 22 Jun ini.

“Selain itu, PKPD Kampung Bolong Baru Tuaran; PKPD Kampung Simpangan Tuaran akan tamat pada 21 Jun ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya