HomeUtamaGagal Jaga Penjarakkan Sosial Antara Kompaun Tertinggi Langgar SOP Di Sabah Kelmarin

Gagal Jaga Penjarakkan Sosial Antara Kompaun Tertinggi Langgar SOP Di Sabah Kelmarin

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 92 kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikeluarkan di seluruh Sabah kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dari jumlah itu, sebanyak 30 orang telah dikenakan kompaun kerana gagal menjaga penjarakkan sosial.

“Selain itu, seramai 21 orang pula dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan betul dan 20 orang pula dikenakan kompaun keluar rumah tanpa alasan munasabah.

“Bagi kesalahan membawa penumpang berlebihan pula, sebanyak 11 kompaun dikeluarkan; sembilan individu gagal mendaftar masuk premis dan seorang atas kesalahan membuat aktiviti terlarang,”katanya dalam keyataan disini kelmarin.

Masidi berkata, pihak berkuasa turut melaksanakan sejumlah 151 sekatan jalan raya (SJR) dalam tempoh 24 jam kelmarin melibatkan pemeriksaan 67,349 buah kenderaan dan daripada jumlah itu sebanyak 775 buah kenderaan diarah berpatah balik.

“Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 113 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 24 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya