HomeIsu tempatanLelaki Ditahan Kes Tipu Jual Beli Baju Bundle Dalam Talian

Lelaki Ditahan Kes Tipu Jual Beli Baju Bundle Dalam Talian

Read Time:1 Minute, 0 Second

BEAUFORT: Polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes penipuan urusan jual beli baju bundle dalam talian yang tidak wujud di Inanam, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob mengesahkan kejadian dan katanya, ia berlaku apabila seorang mangsa membuat laporan polis selepas sedar telah ditipu oleh suspek.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah diperdaya dalam urusan jual beli baju bundle melalui laman sosial Facebook yang tidak wujud dan telah menempah dua guni baju bundle pada April lalu.

“Mangsa telah memasukkan sejumlah wang RM3,100 ke dalam akaun bank milik suspek,” katanya.

Walau bagaimanapun mangsa sedar dan rasa tertipu kerana barang yang dijanjikan tidak diterima dan bertindak membuat laporan polis pada 2 Jun yang lalu.

“Suspek yang berumur 26 tahun bekerja sebagai pelayan restoran berjaya diberkas dan ditahan di rumahnya di Taman Bakthiar, Inanam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada jam 10.15 pagi,” katanya.

Pihak polis juga merampas sekeping Kad ATM yang digunakan untuk memperoleh wang dari mangsa.

Menurutnya lagi, sejurus tangkapan dibuat suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya