HomeIsu tempatanProgram Outreach Vaksinasi COVID-19 Diperluaskan Di Kampung Sungai Magandai, 300 Penduduk Terima...

Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Diperluaskan Di Kampung Sungai Magandai, 300 Penduduk Terima Suntikan Fasa Pertama

Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA MARUDU: Seramai lebih 700 penduduk di Mukim Kampung Sungai Magandai disini dikenalpasti untuk menerima vaksin dalam fasa pertama Program Outreach di daerah ini dibawah program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, daripada jumlah itu seramai 300 penduduk di mukim berkenaan disasarkan  akan menerima vaksin pada fasa pertama program outreach.

“Pada kali ini, PICK telah diperluaskan ke kawasan pedalaman iaitu di Mukim Kampung Sungai Magandai dan mukim berhampiran yang diadakan selama tiga hari.

“Program Outreach Vaksinasi COVID-19 ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman yang mempunyai kesukaran untuk bergerak keluar dari kawasan mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Program Outreach Vaksinasi daerah Kota Marudu disini, hari ini.

Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Kota Marudu itu telah disertai oleh sekumpulan doktor, jururawat dan beberapa wakil dari badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Perjalanan menaiki pacuan empat roda itu adalah bagi memastikan penduduk di mukim terbabit tidak tercicir dari mendapat vaksinasi dibawah PICK.

Sementara itu, Maximus berkata, sebanyak 15,265 orang telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin di bawah PICK di daerah ini  dimana daripada jumlah itu seramai 6,018 telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama manakala 1,949 telah menerima kedua-dua dos vaksin.

“Walaupun saya melihat sambutan kali ini agak perlahan, namun memberansangkan kerana menjelang tengahari, lebih ramai yang tampil untuk divaksinasi.

“Kami berharap agar lebih ramai yang hadir untuk mendaftar dan menerima vaksin sepanjang program ini diadakan di sini,” katanya.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, kempen vaksinasi yang sedang berlangsung ini bertujuan untuk mencegah penularan COVID-19, dan seterusnya dapat menamatkan pandemik ini di Malaysia.

“Walaupun vaksin ini bukanlah penawar, sekurang-kurangnya ia dapat membina antibodi kita untuk melawan virus yang membawa maut ini. Kita perlu melindungi diri kita terlebih dahulu untuk melindungi orang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili beramah mesra dengan salah seorang penduduk kampung selepas merasmikan Program Vaksinasi di Kampung Sungai Magandai

“Oleh itu, jangan sesekali takut untuk menerima vaksin. Ia dapat menyelamatkan nyawa,” katanya.

Pada majlis itu, Maximus turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan beberapa keperluan, sumbangan dari Pejabat Parlimen Kota Marudu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek, kepada seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang kurang upaya, Shalvendra Sius, yang diwakili oleh ibunya, Jasika Linggin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya