HomeIsu tempatanAgihan Bantuan Bakul Makanan Dun Lamag Berjalan Lancar

Agihan Bantuan Bakul Makanan Dun Lamag Berjalan Lancar

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Bantuan bakul makanan dibawah program Bantuan Prihatin 3.0 Covid-19 berjalan lancar di seluruh daerah di negeri ini khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Lamag.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri telah memperuntukan sejumlah RM34,366,500 juta untuk bantuan bakul makanan yang telah dan sedang diagih-agihkan kepada penduduk yang terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lamag yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag, Abu Bakar Gapar dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) di kawasan masing-masing diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyampaikan bantuan kepada penerima .

“ Setakat ini di kawasan saya (DUN Lamag) proses agihan berjalan lancar, bagaimanapun masih ada beberapa buah kampung yang masih dalam pengurusan penghantaran disebabkan faktor perhubungan selain pematuhan kepada Prosedur Oeprasi Standrad (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pegerakan(PKP) bagaimanapun saya memberi jaminan semuanya akan menerima bantuan tersebut ” katanya ketika ditemui di sini selepas menghadiri mesyuarat Kabinet negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) hari ini.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya selain agihan bakul makanan (UPPM) Lamag bersama JPKK juga telah diminta untuk menyampaikan maklumat pemberian Vaksin COVID-19 dan dipertanggungjawabkan untuk mendaftarkan penerima yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin.

“ Setakat ini penerimaan rakyat di DUN Lamag terhadap pemberian Vaksin COVID-19 amat positif dan saban hari ada mendaftar dan saya difahamkan pihak Hospital dan Jabatan Kesihatan telahpun turun padang ke kawasan-kawasan kampung yang jauh untuk memberikan vaksin kepada penduduk” tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Sementara itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Lamag berkata, setakat ini lebih dari 3,000.00 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 19 buah kampung telah menerima bantuan bakul makanan mereka masing-masing, hanya tinggal 5 buah kampung yang belum menerimanya.

“ Insyallah Ahad ini kesemua kampung akan menerima bantuan Bakul makanan dimana Bung selaku ADUN Kawasan ini akan menyampaikanya di kampung Balat dan Sangau” katanya

Dalam pada itu Abu Bakar meminta sekiranya ada penduduk yang tercicir dari senarai penerima agar dapat berhubung dengan JPKK masing-masing bagi mempastikan bantuan bakul makanan dapat disalurkan segera.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya