COVID-19 : 5 Kawasan Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Sabtu Ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan bersetuju menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Sabah bermula Sabtu ini sehingga 9 Julai depan.

Antara kawasan yang dikenakan PKPD adalah di Kampung Muhibbah Menggatal Kota Kinabalu; Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau; Kampung Kuala Merotai Kalabakan; Kampung Tahak Membakut Beaufort dan Flat Indah Jaya Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes dalam tempoh singkat apabila 12 individu dikesan positif di Kampung Muhibbah Menggatal.

Katanya, sebanyak 14 kes positif COVID-19 turut direkodkan hasil daripada 66 ujian saringan yang dilakukan KKM di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau dengan kadar positivity 21.21 peratus.

“Bagi PKPD di Kampung Kuala Merotai Kalabakan, KKM telah melakukan 26 ujian saringan dan 13 daripadanya disahkan positif COVID-19 dengan kadar positivity 50.00 peratus.

“PKPD Kampung Tahak Membakut merekodkan sebanyak 11 kes positif COVID-19 hasil daripada 98 ujian saringan yang telah dilakukan KKM dengan kadar positivity 11.22 peratus,”katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 252 ujian saringan dan 11 daripadanya telah disahkan positif COVID-19 di Flat Indah Jaya Sandakan dan mendapati kes telah menular serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi dilokaliti tersebut.

“Justeru itu, pelaksanaan PKPD bertujuan untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *