HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Ditempat Kerja Dan Komuniti Dikesan Di Sabah

COVID-19 : Kluster Ditempat Kerja Dan Komuniti Dikesan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan dua kluster baharu COVID-19 yang berpunca akibat jangkitan di tempat kerja dan penularan dalam komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster itu membabitkan Kluster Paris Tiga – Kinabatangan dan Kluster Brumas Camp – Kalabakan.

“Kes indeks bagi Kluster Paris Tiga – Kinabatangan membabitkan seorang kerani wanita,41, bertugas disebuah kilang yang bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu pada 14 Jun lalu sebelum disahkan positif pada 18 Jun.

“Susulan kes itu, saringan kontak rapat mengesan 28 lagi kes positif dalam kalangan penduduk perumahan kilang terbabit, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 29 kes,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, semua kes positif telah menjalani penilaian dan pemeriksaan di Hospital Kinabatangan dan seterusnya dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah Kinabatangan.

Katanya, setakat hari ini, aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja kilang dan ladang yang lain.

Sementara itu, bagi Kluster Brumas Camp – Kalabakan pula membabitkan kes indeks seorang guru lelaki berusia 50 tahun di sebuah sekolah yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Ubudiyah di Perumahan Brumas Camp dalam Ladang Perkayuan Sabah Softwood.

Katanya, kes indeks disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Tawau pada 12 Jun dan sehingga 22 Jun lalu saringan yang dijalankan terhadap 75 kontak kemudian mengesan 19 lagi kes positif dalam kalangan kontak rapat, rakan sekerja dan AJK masjid yang tinggal di perumahan tersebut.

“Turut disahkan, isteri serta dua anak kepada kes indeks yang salah seorang bekerja di Ladang Perkayuan Brumas Camp Softwood. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak serta mengenal pasti punca jangkitan masih giat dijalankan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular