HomeUtamaKKTP Sedia Beri Laluan PPR Digunakan Sebagai Pusat Kuarantin COVID-19

KKTP Sedia Beri Laluan PPR Digunakan Sebagai Pusat Kuarantin COVID-19

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah bersedia memberi laluan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini digunakan sebagai pusat kuarantin pesakit COVID-19.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasneh berkata, pihaknya juga turut bersedia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pengurusan penyediaan kemudahan prasarana berkaitan COVID-19.

“Sehingga kini, kerjasama antara pihak kementerian bersama kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam penyediaan prasarana berhubung COVID-19 berjalan lancar.

“Kita mahu pastikan semua pesakit COVID-19 di Sabah tidak tercicir dalam menerima rawatan dan sudah pasti kemudahan terutama tempat kuarantin juga akan terus diperkukuh,”katanya ketika dihubungi disini semalam.

Isnin berkata, kemudahan yang disediakan disetiap PPR amat mencukupi bagi digunakan sebagai pusat kuarantin mahupun keperluan yang berkaitan.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang aduan dari pesakit atau penghuni-penghuni yang mendiami pusat-pusat kuarantin manakala kapasiti atau kemudahan yang tersedia juga amat memuaskan,”katanya.

Sehingga kini, sebanyak dua PPR di Sabah digunakan sebagai pusat kuarantin iaitu PPR Bubul Ria Semporna dan PPR Taman Batu Putih Sandakan yang menempatkan seramai 200 orang penghuni.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya