HomeIsu tempatan'Itu Telur Rebus Bukan Telur Penyu," Bung Moktar, Selar Tindakan Manipulasi Gambar

‘Itu Telur Rebus Bukan Telur Penyu,” Bung Moktar, Selar Tindakan Manipulasi Gambar

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin menyelar tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang disifatkan ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila sering melemparkan fitnah terhadapnya.

Terbaru apabila beliau dikatakan menikmati hidangan bersama telur penyu yang tular dan memaklumkan gambar berkenaan telah disunting pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan karier politiknya.

Katanya, tindakan itu juga dilihat semata-mata mahu mewujudkan persepsi tidak baik dan langkah murahan demi kepentingan peribadi.

“Ini adalah fitnah yang telah dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier politik saya selain perkara ini amat tidak bertamadun.

“Gambar ini sudah lama sebulan yang lalu, sememangnya ini tidak betul,”katanya ketika dihubungi disini malam ini.

Bung berkata, pegawai pembangunan komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dikenali sebagai Rezo turut membuat penafian perkara berkenaan di akaun Facebook miliknya dan turut dikongsi semula oleh beliau.

“Telur itu bukanlah telur penyu yang dikatakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, tetapi itu adalah telur ayam yang sudah direbus dan dikupas untuk hidangan makan.  Selain itu saya bukan penggemar telur penyu kerana kandungan kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan saya.

“Saya juga sedia dipanggil pihak berwajib untuk siasatan jika perlu susulan dakwaan kononnya saya makan telur penyu,”katanya.

Bung Berseloroh Menunjukkan Telur Rebus Dirumahnya.

Terdahulu,sejak tengah hari tadi, tular satu foto dimuatnaik pengguna Facebook memperlihatkan Bung sedang bergambar dengan seorang individu di meja makan di mana salah satu juadah didakwa segelintir pihak mirip kepada telur penyu.

Untuk rekod, pengambilan telur penyu di negeri ini adalah dilarang di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah berhubung dengan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular