Jumlah Pendaftaran Vaksin Di Sabah Meningkat, 357,036 Terima Dos Pertama

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu – Sejumlah 9,293 pendaftaran baharu penerima vaksin COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan peratusan pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah sebanyak 29.8 Peratus.

Secara keseluruhan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 851,764 orang , iaitu masing-masing 778,966 mendaftar melalui MySejahtera, laman sesawang 72,529 dan dan 269 lagi melalui talian vaksinasi

Data yang dikongsikan Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun Itu hari ini menyaksikan peningkatan 6.9 Peratus pendaftaran berbanding data yang dibentangkannya pada 14 Jun lalu dan ini juga menyaksikan 41.91% pendaftar sudahpun menerima dos pertama suntikan vaksin covid-19.

Walaubagaimana data itu menyaksikan jumlah pendaftaran penduduk Sabah untuk menerima vaksin covid-19 masih berada di bawah 40% daripada jumlah yang layak divaksinasi iaitu seramai 2.9 juta orang.

Sementara itu, di dalam kenyataan medianya hari ini, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata statistik penduduk yang sudah menerima vaksin menunjukkan seramai 296,608 orang mendapat dos pertama suntikan menerusi PICK Fasa 2, termasuk 7522 orang hari ini.

“Bagi suntikan dos kedua Fasa 2 pula, seramai 7,844 orang menerima suntikan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 89,707 orang.

Bagi suntikan dos pertama dan kedua PICK Fasa 1 pula, seramai 38 suntikan baharu dibuat untuk fasa 1 dan 280 suntikan baharu untuk dos keua dibuat hari ini menjadikan sebanyak 63,032 orang telah disuntik untuk dos pertama manakala 54,162 orang lagi untuk dos kedua.

Dijangkakan menjelang hujung julai nanti sebanyak 720 ribu dos vaksin covid-19 akan berjaya disuntik dan menjelang Ogos nanti dijangkakan sebanyak 1.1 juta penduduk di Sabah telahpun menerima suntikan vaksin covid-19 ini.

Orang ramai turut digesa untuk mendaftarkan diri di dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui pelbagai platform yang disediakan dan semua golongan masyarakat, tidak kira golongan turut diseru membantu mendaftarkan mereka yang masih belum mendaftar agar sasaran untuk mencapai imuniti kelompok di Sabah akan tercapai dengan segera.

Sabah berharap dapat mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini, dengan kerajaan negeri memperhebatkan usaha dan strategi yang akan menyaksikan 2.9 Juta penduduk di Negeri ini menerima suntikan vaksin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *