HomeIsu tempatanPICK : UMS Tidak Pernah Lantik Agen Urus Temujanji Vaksinasi Di PPV...

PICK : UMS Tidak Pernah Lantik Agen Urus Temujanji Vaksinasi Di PPV IPT-UMS

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai agen bagi mengurus atau mengatur temujanji suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMS.

Penolong Naib Canselor (Strategik) UMS Prof. Madya Dr Mohd Rahimie Abd. Karim berkata, pihaknya melalui Hospital UMS yang mengendalikan PPV IPT UMS itu juga tidak melantik mana-mana syarikat untuk tujuan berkenaan.

“Vaksin COVID-19 yang diberikan di PPV IPT-UMS ini adalah percuma dan tiada sebarang caj bayaran dikenakan oleh UMS atau Hospital UMS terhadap penerima vaksin di PPV ini.

“Pemberian vaksin COVID-19 secara percuma itu adalah selaras dengan ketetapan kerajaan Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memberikan vaksin kepada semua rakyat yang menetap di negara ini secara percuma,”katanya.

Antara penerima vaksin COVID-19 di PPV IPT-UMS

Mohd Rahimie berkata demikian dalam satu kenyataan menerusi hantaran di laman rasmi Facebook UMS disini.

Katanya, sebarang pertanyaan atau aduan berhubung pemberian vaksin COVID-19 di PPV IPT-UMS boleh dikemukakan dengan menghubungi Hotline PPV IPT-UMS di talian 088-329200.

PPV IPT-UMS mula dibuka pada 14 Jun lalu dan telah dikategorikan sebagai PPV kategori lima yang mana akan memberikan sebanyak 1,000 dos vaksin sehari.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular