HomeUtamaPICK : Kerajaan Perlu Beri Keutamaan Pemberian Vaksin Di 3 Daerah Berhampiran...

PICK : Kerajaan Perlu Beri Keutamaan Pemberian Vaksin Di 3 Daerah Berhampiran Labuan

Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk memberi keutamaan agar pemberian vaksin di tiga buah daerah di Sabah yang berhampiran dengan Wilayah Persekutuan Labuan dipercepatkan.

Aktivis hak asasi manusia Sabah Datuk Patrick Sindu berkata, penduduk di daerah Kuala Penyu; Beaufort dan Sipitang perlu diberi keutamaan lebih awal untuk mendapat vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok serentak dengan Labuan.

“Ketiga-tiga daerah itu menjadi laluan dan pintu masuk utama ke Labuan menyebabkan ia terdedah kepada risiko penularan kes COVID-19 yang dibawa masuk dari pulau berkenaan.

“Langkah itu perlu bagi menghalang penularan varian virus COVID-19 dari India yang dikesan antara punca peningkatan mendadak kes dan kematian di pulau bebas cukai itu, terutama apabila larangan rentas negeri ditamatkan nanti,”katanya.

Patrick berkata, lebih membimbangkan ramai penduduk Labuan berasal dari ketiga-tiga daerah itu, selain ada yang berulang alik setiap hari di antara tanah besar Sabah dan Labuan yang berisiko menyebarkan virus COVID-19 kepada ahli keluarga di kampung.

“Sebab itulah kerajaan perlu memastikan ketiga-tiga daerah ini mencapai imuniti kelompok serentak dengan Labuan. Ia penting supaya penduduk di daerah terbabit memiliki ketahanan diri jika ada individu dari Labuan membawa virus berbahaya itu balik ke kampung,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan secara besar-besaran di Labuan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok pada pertengahan Julai depan, berbanding akhir tahun ini di Sabah.

Ia berikutan situasi penularan COVID-19 di pulau itu yang kini berada pada tahap membimbangkan berikutan bilangan kes baharu mencecah tiga angka setiap hari yang antara lain disebabkan penularan virus Varian Yang Membimbangkan (VOC) Delta (B.1.617.2) atau sebelum ini dikenali sebagai varian India.

Setakat 24 Jun lalu, pemberian vaksin COVID-19 lengkap dua dos di daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang baru mencapai kira-kira 11 peratus daripada populasi penduduk di daerah terbabit.

Ketikamen mengulas mengenai program vaksinasi di Sabah, Patrick berkata kerajaan perlu melaksanakan strategi daftar dan suntik di kampung-kampung berbanding menunggu kehadiran orang ramai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Katanya, keutamaan perlu diberikan kepada kampung yang jauh dari PPV dengan memanfaatkan kemudahan seperti klinik desa, balai raya atau dewan mini sebagai tempat untuk mendaftar dan memberi suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, program jangkauan luar untuk mendaftar dan memberi suntikan vaksin yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu diperbanyakkan lagi di semua daerah agar tiada penduduk tercicir daripada menerima vaksin.

“Kita perlu mencontohi inisiatif kerajaan Sarawak yang melaksanakan pendaftaran dan suntikan secara terus di lapangan tanpa menunggu penduduk mendaftar melalui kaedah disediakan seperti MySejahtera,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata  program kesedaran mengenai kepentingan vaksin sebagai imuniti melawan COVID-19 juga perlu diperluaskan agar penduduk terutama di luar bandar tidak terpengaruh dengan maklumat tidak tepat mengenai vaksin.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya