HomeUtamaSabah Kekal Laksana SOP PKP 3.0 Termasuk Operasi Kedai Makan Dan Restoran

Sabah Kekal Laksana SOP PKP 3.0 Termasuk Operasi Kedai Makan Dan Restoran

Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Sabah masih kekal melaksanakan semua prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuk waktu perniagaan kedai makan dan restoran yang beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Tunggu pengumuman esok selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) ,”katanya kepada Sabah Media menerusi aplikasi WhatsApp disini malam ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan operasi kedai makan dan restoran dibenarkan bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam, bermula Isnin.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular