COVID-19: 3 Lokasi Tamat PKPD Awal, 7 Lokasi dikenakan PKPD

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Tiga lokasi PKPD iaitu Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu, Kampung Pengaraban, Kudat dan Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat ditamatkan pada 28 Jun 2021 (11.59 malam) lebih awal daripada yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat trend penurunan kes dan tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan di ketiga-tiga lokasi Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu, Kampung Pengaraban, Kudat dan Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat.

Menurut Masidi, terdapat tujuh lokasi di kenakan PKPD iaitu Kampung Linukaan, Kota Marudu, tiga lokaliti di Kudat iaitu Kampung Timbagan, Matunggong, Kampung Perpaduan Gumpa dan Kampung Perpaduan 2, Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau, Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur Keningau, Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Katanya, kesemua tujuh lokasi tersebut dikenakan PKPD berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan setelah KKM mendapati trend kes telah meningkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di
lokaliti itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *