HomeIsu tempatan6,868 Bakul Makanan Prihatin 3.0 Selesai Diagihkan Di Putatan

6,868 Bakul Makanan Prihatin 3.0 Selesai Diagihkan Di Putatan

Read Time:54 Second

PUTATAN : Sebanyak 6,868 Bantuan Bakul Makanan Prihatin 3.0 berjaya diagihkan sepenuhnya kepada golongan B40 dan yang berdaftar melalui e-kasih di daerah ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, sumbangan di bawah program Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 itu telah mula diagihkan sejak seminggu lalu.

“Bantuan ini diagihkan ke seluruh Sabah mengikut daerah masing-masing dan di Putatan kita mulakan pada awal minggu lalu dan kita selesaikan dalam tempoh satu minggu yang melibatkan sebanyak 6,868 bakul makanan.

“Ia merupakan bakul makanan yang terakhir untuk siri ini bagi agihan Bakul Makanan Prihatin 3.0 daerah Putatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Bakul Makanan Prihatin 3.0 di Dewan Masyarakat Kampung Muhibbah, Putatan, petang tadi.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, pihaknya berharap bantuan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kita amat berharap dengan adanya agihan bakul makanan ini maka dapatlah meringankan beban penduduk yang terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga pandemik COVID-19 ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular