HomeIsu tempatan432 Unit Rumah PPR Taman Keramat Terima Sumbangan Bantuan Makanan

432 Unit Rumah PPR Taman Keramat Terima Sumbangan Bantuan Makanan

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 432 unit rumah di tujuh buah blok Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Keramat disini menerima sumbangan berupa bantuan makanan yang disalurkan Pergerakan Wanita UMNO Kota Kinabalu.

Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, program amal itu turut mendapat kerjasama sebuah syarikat Kim Teck Cheong yang melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Aktiviti dan program seumpama ini sentiasa kami laksanakan dalam membantu meringankan bebanan masyarakat setempat khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama.

“Kali ini kami juga mendapat kerjasama dari sebuah syarikat yang turut menyumbang makanan berupa bun roti dan susu kepada penduduk di tujuh blok di PPR Taman Keramat ini,”katanya.

Musliati berkata, pihaknya turut menyalurkan sumbangan berkenaan kepada penghuni Rumah Amal Kasih Taman Kingfisher serta beberapa kanak-kanak sekitar Kampung Gudon dan Kampung Gusong.

“Program ini tidak akan terhenti disini, kami akan terus membantu golongan memerlukan pada masa akan datang namun akan sentiasa patuh kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular