HomeUtamaPICK : Warga Emas Berusia 102 Tahun Terima Vaksin Hari Ini

PICK : Warga Emas Berusia 102 Tahun Terima Vaksin Hari Ini

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU:  Warga emas tertua di Sabah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, hari ini.

Wong Kok Chew, 102 tahun hadir seawal 9.00 pagi ke PPV untuk menerima suntikan dos pertama ditemani anak perempuan beliau, Anna wong.

Pakar Perubatan Awam Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dr Suhaila Osman merangkap Ketua Penyelaras PPV Daerah Kota Kinabalu berkata, mereka sangat teruja menerima kehadiran Wong.

“Pada mulanya, pihak kami agak risau kerana beliau sudah berusia 102 tahun dan mungkin memerlukan bantuan kerusi roda dan sebagainya.

“Agak mengejutkan, Wong tidak memerlukan kerusi roda dan menandatangani borang persetujuannya sendiri, membuatkan kami merasa terharu dengan kesungguhan beliau.

“Satu perkara yang membanggakan ialah, Wong sendiri yang meminta untuk divaksin selepas melihat anak-anak beliau sudah mendapatkan suntikan vaksin,” ujarnya ketika ditemui media.

Tambah beliau, hal ini harus dicontohi kerana warga tertua di negeri ini sendiri tampil untuk menerima vaksin apatah lagi masyarakat di luar sana.

Wong menerima suntikan vaksin dos pertama yang diberikan oleh Jururawat Kesihatan Awam, Jayelien Paungin dari Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu. – PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya