Jawatankuasa Pemandu Kumpul Data Untuk Silibus Baru Mengenai MA63

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Satu jawatankuasa pemandu telah ditubuhkan untuk mempercepatkan pengumpulan data mengenai kandungan sejarah dan aspek perundangan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Dr Maximus Ongkili berkata, Jawatankuasa Pemandu MA63 ini, yang terdiri daripada anggota Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Sabah Law Society (SLS) dan Institute for Development Studies (IDS) Sabah, akan mengumpul fakta sejarah berkaitan pembentukan Malaysia 58 tahun yang lalu.

“Jawatankuasa Pemandu MA63 juga akan membentuk silibus mengenai MA63 dan pembentukan Malaysia untuk rujukan sekolah, pengajian tinggi dan orang ramai.

“Dikoordinasikan oleh BHESS, SLS dan dengan input daripada IDS and Kementerian Pendidikan Malaysia, serta para cendekiawan, akan berkerjasama membentuk silibus untuk golongan sasaran,” kata Maximus.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat secara maya bersama peguam kanan dari SLS, diketuai Presidennya Roger Chin, dan ahli lembaga IDS, diketuai Pengerusinya Datuk Dr Mohd Yaakub Johari, Isnin lalu, beliau menambah tujuan jawatankuasa pemandu ini ditubuhkan adalah untuk menghasilkan satu output yang boleh diterma secara sah dan akademik.

Ianya akan membantu menghapuskan tafsiran fakta yang salah dan tidak tepat, dan sebaliknya memberikan gambaran mengenai perjalanan peristiwa serta fakta perjanjian yang sebenar.

“Terdapat banyak tafsiran berkaitan MA63, dan kami berharap melalui penghasialn silibus pelajaran ini akan membantu membetulkan fakta yang salah. Kami berharap ia akan membantu memberi penerangan yang tepat kepada orang ramai mengenai gambaran sebenar penjanjian yang amat bersejarah ini,” ulas Maximus.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *