HomeIsu tempatanJonathan Agih Sumbangan Sayur Segar Kepada Penduduk Sekitar Dun Kundasang

Jonathan Agih Sumbangan Sayur Segar Kepada Penduduk Sekitar Dun Kundasang

Read Time:55 Second

RANAU: Lagi 350 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dari 5 buah kampung sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilanas-Kawiyan di DUN Kundasang, telah menerima agihan sayur- sayuran segar atas keprihatinan dan sumbangan Timbalan Menteri Dalam Negeri II (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin baru-baru ini.

Sumbangan bukan sahaja berupa sayur-sayuran segar malah barang keperluan makanan lain juga diberikan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Semua sumbangan telah dihantar dan disampaikan para sukarelawan yang mewakili pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, bagi pihak Jonathan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala sumbangan telah disampaikan kepada wakil-wakil penduduk kampung terlibat iaitu Anthone Pagandai di Kg.Manikulau, Ezas Takai di Kg.Kawiyan, Masun Resoin di Kg.Kilanas, Sumrid Padonggo di Kg.Patau dan Kg.Giring diwakili Mefwin Amar.

“Saya mewakili penduduk kampung merakam penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin dalam usaha serta keikhlasan hatinya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat P.179 Ranau ketika menghadapi masa sukar ini”, jelas Anthone mewakili Kg.Manikulau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular