HomeUtamaPPV KPJ Permudah Pemberian Vaksin Covid-19

PPV KPJ Permudah Pemberian Vaksin Covid-19

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di KPJ Sabah Specialist Hospital mempermudahkan pemberian vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengurus Besar hospital itu, Mohamad Faizal Mohamed berkata, pihak KPJ menyambut baik rancangan kerajaan untuk memberikan suntikan vaksin kepada 268,000 orang dalam fasa dua PICK.

“Suntikan vaksin diberikan secara berperingkat di mana warga emas berumur 80 tahun ke atas menerima suntikan pada hari pertama pembukaan PPV kelmarin, dan bagi 60 tahun ke atas dijadualkan pada hari ini.

“Bagi hospital ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan 100 dos vaksin jenis Pfizer setiap hari bagi penerima yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

“Namun, terdapat kemungkinan jumlah penerima akan ditingkatkan kepada 200 orang setiap hari, bergantung kepada vaksin yang dibekalkan oleh KKM,” katanya ketika ditemui media dalam Lawatan ke PPV KPJ di sini, pada Selasa.

Tambah beliau, vaksin yang diberikan adalah percuma dan KPJ turut mengambil inisiatif menghubungi penerima yang dijadualkan mengenai temu janji mereka.

“Namun begitu, mereka yang hadir secara ‘walk-in’ tidak akan diberikan suntikan kerana ia terhad kepada senarai yang diberikan KKM sahaja,” katanya lagi.

Untuk rekod, sebanyak 22 buah hospital KPJ dibuka sebagai PPV di seluruh Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan KPJ Sabah, Datuk Dr. Ajaz Nabijan dan Timbalan Pengarahnya, Dr. Lim Keok Tang. – Jabatan Penerangan Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya