HomeUtamaADUN Usukan Sokong Tindakan Kerajaan Negeri Longgarkan Sebahagian SOP Sabah

ADUN Usukan Sokong Tindakan Kerajaan Negeri Longgarkan Sebahagian SOP Sabah

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak menyokong sepenuhnya tindakan Ketua Menteri dan Kerajaan Sabah bagi melonggarkan prosedur standard operasi (SOP) untuk negeri ini.

Beliau berkata, semua pihak perlu memahami negara kini berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama dan bukan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

“Seharusnya kita tumpukan perhatian kepada pemulihan Sabah dengan penyesuaian SOP mengikut situasi terkini.

“Saya percaya kerajaan negeri sudah mengambil kira dan pertimbangan dalam pelbagai faktor dan aspek,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

Salleh berkata, kerajaan pusat patut menghormati keputusan dan memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Sabah.

Isnin lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi dalam pelaksanaan PPN Fasa 1 Sabah, mulai kelmarin.

Antaranya termasuk makan di restoran atau kedai makan, aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal selain aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot.

Hajiji berkata, perincian SOP bagi negeri itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun sehingga kini, SOP berkenaan masih belum dikeluarkan dan terus menjadi tanda tanya sama ada apa diumumkan Hajiji boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Sabah tidak patut melonggarkan SOP yang ditetapkan oleh MKN.

Katanya, semua negeri sepatutnya melaksanakan satu standard SOP sahaja namun sekiranya ada negeri yang ingin menambah baik dengan memperketatkan suatu perkara, ia dibenarkan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya