HomeUtamaSambut Baik Keputusan Ketua Menteri Laksana PPN Fasa 1 - Raime Unggi

Sambut Baik Keputusan Ketua Menteri Laksana PPN Fasa 1 – Raime Unggi

Read Time:1 Minute, 19 Second

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Raime Unggi menyambut baik keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk melaksanakan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 dimana beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi dalam pelaksanaan PPN Fasa 1 Sabah

Katanya tentunya kerajaan negeri sudah mengambil kira dan pertimbangan dalam pelbagai faktor dan aspek sebelum pengumuman itu dibuat.

“ Ini lebih-lebih lagi kita sudah melaksanakan perintah pergerakan ini sudah terlalu lama dan pastinya turut memberikan kesan kepada mental dan ekonomi yang negatif kepada rakyat Sabah.”

“ Kes jangkitan COVID-19 harian bagi negeri Sabah juga berada di bawah angka yang rendah dan proses untuk memberikan vaksin kepada penduduk juga sedang dipergiatkan sekarang.”

Jadi saya mohon Kerajaan pusat untuk menghormati dan memberikan kerjasamasa kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Walau bagaimanapun keputusan itu perlu disokong dengan tanggungjawab kata Raime lagi

“ Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama iaitu memastikan segala perintah SOP yang lain dituruti dengan semaksimum mungkin”

“ Jangan pula kita alpa dengan kebenaran yang dibuat, yang akhirnya menyebabkan kes meningkat semula di negeri kita dan kita dikenakan perintah pergerakan penuh “ total lockdown” sekali lagi”

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerajaan untuk menekankan aspek pengutkuasaan di sempadan serta kemasukan pengembara luar ke Sabah

“ Saya juga menyeru agar pintu sempadan, kemasukan pengembara luar ke negeri ini turut diberikan perhatian serius terutama yang membabitkan kemasukan pengembara dari kawasan yang berisiko tinggi kerana kita perlu mengawal kemasukan mereka juga”

Jadi saya tekankan sekali lagi, saya menyokong pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah serta turut menyeru kerjasama rakyat untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta daftarlah segera untuk mendapatkan vaksin katanya lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Lima ahli kebuniti tempatan terima Set Teknologi Greenkit MARDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular