HomeUtamaLonggar SOP, Bantu Ekonomi Rakyat Sabah - Anifah Aman

Longgar SOP, Bantu Ekonomi Rakyat Sabah – Anifah Aman

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah perlu mempunyai pendirian tersendiri dan terbaik dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di negeri ini termasuk memberi kelonggaran sebahagian Prosedur Standard Operasi (SOP).

Bekas Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman berkata, meskipun ada kelonggaran diberikan, kerajaan juga perlu memastikan pematuhan SOP dikalangan rakyat perlu dipatuhi sebaiknya.

“Seperti yang sedia maklum, antara yang dibenarkan beroperasi dalam PPN Fasa Pertama ini antaranya makan di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel.  Ini sudah tentu meningkatkan lagi ekonomi rakyat yang kini sukar mencari pendapatan.

“Jika kita halang operasi seumpama ini, rakyat akan terbeban dan sudah pasti kes bunuh diri terus meningkat dan ekonomi negara khususnya di Sabah juga akan terjejas,”katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, jumlah kes di negeri ini juga masih ditahap sederhana dan boleh dikawal berbanding di Semenanjung yang mencatatkan sehingga empat angka.

“Justeru itu, tidak salah sekiranya kerajaan Sabah berpendirian untuk melonggarkan sebahagian SOP pada PPN Fasa Pertama ini kerana ianya bukan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi,”katanya.

Terdahulu, Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah akan melaksanakan PPN Fasa Pertama dengan mengekalkan sebahagian SOP yang ditetapkan sebelum ini. Dalam pelaksanaan PPN ini, beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi termasuk makan di dalam restoran selain kedai gunting rambut

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular