HomeUtamaSop Sabah Biar Kerajaan Sabah Tentukan !- Yillson Yanggun

Sop Sabah Biar Kerajaan Sabah Tentukan !- Yillson Yanggun

Read Time:1 Minute, 10 Second

Hairan, kenapa Kerajaan Persekutuan begitu ‘strict’ dengan Sabah sedangkan kes harian tidak melebih 500 sehari ujar Exco Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah, Yillson Yanggun malam ini.

Katanya teguran daripada Menteri Kanan (Pertahanan) kepada Sabah berkaitan pindaan SOP yang tidak mengikut aturan Majlis Keselamatan Negara ekoran pengumuman Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang mahu membuka beberapa aktiviti sosial dan ekonomi semalam tular di media sosial.

“ Kita faham bahawa SOP yang ditetapkan mampu mengekang penularan wabak COVID-19, namun setakat hari ini, ramai pemain industri khususnya pengusaha restoran-restoran dan perniagaan lain terjejas teruk.”

“ Inilah masalah yang berlaku. Rakyat sendiri bingung dengan SOP yang ditetapkan. Umpamanya, kita buat PDPr tapi itu kedai buku tutup”

“ Persoalannya lagi, sampai bila kita akan laksanakan PKP ? Kita sudah laksanakan PKP 3.0 sejak 12 Mei 2021, tapi sehingga hari ini kes terus meningkat dan belum ada tanda-tanda pengurangan untuk dua minggu akan datang. Sampai bila kita begini “ katanya melalui hantaran di laman facebooknya malam ini.

“ Justeru katanya rayuan kita kepada Kerajaan Persekutuan untuk faham kepada kerajaan Negeri Sabah. Kita ada pemimpin berkaliber untuk mengawal pandemik ini. “

“ Biarlah kerajaan Persekutuan teruskan membantu Negeri salurkan bantuan. Yang pasti, kerajaan Negeri ada idea tersendiri dan perlu dihormati. Bukan pula dihalang untuk buat Tindakan”

Apa yang penting adalah tanggungjawab Kabinet Negeri Sabah untuk menetapkan SOP yang kukuh disamping bantuan-bantuan bakul makanan kepada rakyat dibawah katanya lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

1 COMMENT

Leave a Reply to Abdul Rahman Tahir Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya