HomeUtama7 Lokasi Dikenakan PKPD di Sabah

7 Lokasi Dikenakan PKPD di Sabah

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Tujuh Lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari membabitkan dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Mangga, Nasip Kita
dan Kampung Kijang, Balung, Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Kampung Lingkodon, Kota Belud, Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Kampung Muhibbah, Putatan dan Kampung Goshen, Kota Marudu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes telah menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di tujuh lokasi
tersebut,”kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Masidi dalam kenyataan medianya hari ini, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung, Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Kampung Lingkodon, Kota Belud, Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Kampung Muhibbah, Putatan dan Kampung Goshen, Kota Marudu
berkuat kuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

” Namun pelaksanaan PKPD adalah bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular