HomeUtamaCOVID-19 : Satu Lagi Kluster Berpunca Majlis Pengebumian Dicatatkan Di Sabah

COVID-19 : Satu Lagi Kluster Berpunca Majlis Pengebumian Dicatatkan Di Sabah

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU : Satu lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan jangkitan dalam komuniti yang disyaki berpunca daripada majlis pengebumian di Kampung Nabaha pada 11 Jun lalu direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks seorang lelaki berusia 57 tahun yang bergejala demam sejak 14 Jun lalu sebelum disahkan positif COVID-19 di Hospital Kota Belud pada 20 Jun.

“Pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 136 individu terdiri daripada ahli keluarga serta kontak rapat mendapati 26 lagi kes positif.

“Ia termasuk sembilan kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 27 kes,”katanya.

Katanya, semua kes positif telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Kota Belud, Hospital Queen Elizabeth dan PKRC Kota Belud.

“Semua kontak rapat juga telah diarahkan kuarantin untuk pengasingan,”katanya.

Terdahulu, kelmarin satu kluster melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti ekoran majlis pengebumian di Kampung Gelilia Padas Damit turut dicatatkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya