HomeUtamaPPK Pitas Sokong Keputusan Hajiji Longgar SOP untuk Sabah

PPK Pitas Sokong Keputusan Hajiji Longgar SOP untuk Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

PITAS: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas menyokong penuh keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berhubung isu melonggarkan SOP untuk Sabah.

Pengerusinya Datuk Ng Loi Tect berkata, Sabah perlu dikecualikan daripada SOP yang dilaksanakan di Semenanjung dan negeri yang merekodkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi.

Katanya, adalah tidak adil penggunaan SOP yang sama diantara negeri yang merekodkan jumlah kes COVID-19 yang sangat tinggi dengan negeri-negeri yang mencatat jumlah kes yang rendah.

“Kerajaan Persekutuan sepatutnya membenarkan penggunaan SOP yang lebih longgar di Sabah dan negeri-negeri yang rendah kes COVID-19 serta membenarkan aktiviti sosioekonomi beroperasi.

“Ini kerana pelaksanaan PKP bagi memerangi pandemik COVID-19 menyebabkan ramai rakyat menderita, kehidupan harian yang sukar walaupun kerajaan menyediakan pelbagai bantuan.

“Bantuan yang diberikan tidak dapat menyelesaikan masalah kehidupan harian rakyat jika aktiviti sosio-ekonomi tidak dibuka.

“Cadangan Hajiji dan Kerajaan Negeri yang melonggarkan SOP untuk Sabah amat wajar dan harus disokong oleh rakyat”, kata Ng dalam kenyataan, hari ini.

Beliau sependapat dengan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS), Datuk Mohd.Nazri Abdullah bahawa tindakan Hajiji adalah demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Jesteru itu Ng yakin, Hajiji dan Kerajaan Negeri tidak akan menuntut pelonggaran SOP khusus untuk Sabah sekiranya jumlah harian kes COVID-19 di Sabah berada pada tahap yang membimbangkan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular