HomeUtamaAIM Beri Penangguhan Bayaran Balik Selama 2 Bulan

AIM Beri Penangguhan Bayaran Balik Selama 2 Bulan

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama dua bulan membabitkan seramai 378,507 peminjam yang dikenali sebagai Sahabat AIM bermula Jun lalu.

Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pengeculian pembayaran yang akan berakhir pada penghujung Julai itu nanti adalah berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menerusi fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 29 Jun lalu.

“Dengan penangguhan sehingga penghujung bulan Julai ini, AIM telah memberi penangguhan bayaran kepada Sahabat AIM selama lapan minggu bermula 1 Jun lalu.

“Untuk rekod AIM sebelum ini telah memberi pengecualian bayaran balik salama 16 bulan secara automatik kepada semua Sahabat ketika PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu. Ia kemudian disusuli penangguhan bersasar sehingga Oktober 2020 yang membabitkan seramai 12,568 Sahabat AIM,” katanya dalam sidang media disini hari ini.

Lajim berkata, penangguhan itu diberikan kepada mereka yang layak dan benar-benar terkesan penangguhan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini.

Katanya, selain penangguhan bayaran balik pinjaman, AIM turut menangguhkan semua mesyuarat pusat, perjumpaan pusat khas dan kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, Simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) dan Tabung Khairat Hutang.

“Pada masa sama, AIM turut menangguhkan pembentangan permohonan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, pengeluaran Tabung Kumpulan, tuntutan Tabung Khairat Hutang, penjadualan semula pembiayaan dan pembentangan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman.

“Namun AIM membenarkan kutipan balik bayaran Skim Pembiayaan Ikhtiar melalui kaedah bukan tunai atau e-bayaran,”katanya.

Sementara itu, Lajim berkata AIM turut memperkenalkan lapan Pakej Ransangan Ekonomi AIM, selain menyediakan pelbagai insentif lain termasuk penangguhan tambahan, program kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan bengkel atau kursus secara digital untuk Sahabat AIM.

“Bagi memastikan kebajikan Sahabat AIM terbela, AIM juga memberi bantuan bekalan makanan asas yang setakat ini memberi manfaat kepada seramai 20,700 keluarga menerusi Program Bakul Kasih AIM.

“AIM sesungguhnya amat prihatin terhadap kesusahan yang dialami Sahabat AIM dan atas sebab itu kita berusaha untuk melaksanakan program pasaran produk Sahabat AIM secara dalam talian supaya dapat menjangkau pasaran yang lebih luas dan mereka dapat terus berniaga tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, AIM juga sedang merangka pelan pemulihan pendapatan Sahabat AIM bagi membantu mereka bangkit semula daripada situasi sukar sepanjang PKP.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular