HomeUtamaKeganasan Rumah Tangga: Corak, Punca Dan Kaedah Penyelesaian - KESUMBA

Keganasan Rumah Tangga: Corak, Punca Dan Kaedah Penyelesaian – KESUMBA

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seramai 100 peserta dari dalam dan luar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengikuti program perkongsian ilmu bertajuk “Keganasan Rumah Tangga : Corak Punca dan Kaedah Penyelesaian”, hari ini.

Program yang dianjurkan Biro Pendidikan dan Pelajaran Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) itu diadakan secara online melalui siaran langsung di aplikasi Webex dan facebook KESUMBA.

Perkongsian ilmu disampaikan Psikologis Klinikal dan Pengerusi Rumah Teratai (Teratak Rahmah Wanita Islam), Hajjah Azlina @Roszy Mohamad Ghaffar.

Pada sesi itu, beliau mengupas pelbagai isu termasuk aspek keganasan rumah tangga.

“Kita sudah melihat pelbagai laporan keganasan rumah tangga di media massa termasuk pada ketika Malaysia sedang dilanda pandemik Covid-19.

“Saya menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan seperti polis, agensi guaman, agensi kesihatan, pejabat agama dan pegawai mahkamah untuk bersama-sama berganding bahu memerangi keganasan rumahtangga,” katanya.

Program selama dua jam itu antara lain bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran khususnya wanita dalam menghadapi cabaran keganasan rumahtangga.

Ia telah dipengerusikan oleh Yang Di Pertua KESUMBA, Datin Dr Amalina Abdullah.

Bagi yang sedang berdepan dengan tekanan, boleh dapatkan sokongan psikososial bersama Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia melalui TalianReachU – 010-2882290.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya