HomeUtamaCadang Buka Zon, Daerah Catat Angka Kes Rendah, Buka Operasi Perniagaan Namun...

Cadang Buka Zon, Daerah Catat Angka Kes Rendah, Buka Operasi Perniagaan Namun SOP Perlu Terus Dipatuhi

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin menyokong tindakan Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi pada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama yang bermula Isnin lalu.

Katanya, meskipun terdapat kelonggaran, sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebelum ini masih dilaksanakan.

 “Bagi AIM khususnya di Sabah, kita akan mengikut kepada SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun saya difahamkan kerajaan negeri telah memohon untuk mendapat kelonggaran dalam beberapa aktiviti sosial dan ekonomi.

“Saya juga ada bertemu dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajij Noor) beberapa hari lalu dan mencadangkan agar zon atau daerah yang tidak mencatatkan kes tinggi, kawasan berkenaan perlu dibenarkan beroperasi seperti perniagaan dengan SOP yang ketat,”katanya.

Katanya, cadangan berkenaan juga turut dikemukakan kerajaan negeri kepada MKN bagi pertimbangan dan pelaksanaan di Sabah.

“Pada kita, mana-mana negeri yang tidak ada jangkitan seperti Perlis, mereka patut dibenarkan untuk membuka operasi perniagaan atau aktiviti lain namun SOP perlu juga dipatuhi.

“Sama juga seperti Sabah, jika sebuah daerah itu merekodkan angka kes tinggi, penduduk daerah berhampiran adalah tidak dibenarkan untuk masuk kerana kita mempunyai Sekatan Jalan Raya (SJR),”katanya.

Terdahulu, kelmarin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan peralihan fasa PPN akan dibuat mengikut negeri.

Beliau antara lain menyifatkan pelanjutan Fasa Pertama PPN tidak adil bagi negeri yang berjaya mencapai nilai ambang bagi setiap indikator peralihan fasa seperti ditetapkan dalam PPN.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan Perlis, Kelantan dan Terengganu akan beralih ke Fasa Kedua PPN, selain menegaskan sebarang pengumuman mengenainya perlu dikeluarkan MKN.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya