Tangki Rosak Di Perumahan Balai Polis Sandakan Akan Diperbaiki

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

SANDAKAN: Keresahan penduduk di kawasan perumahan polis Taman Tinosan Batu 4 disini yang sering mengalami gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau yang meninjau sendiri kawasan berkenaan mendapati terdapat kerosakan dan pecah pada tangki utama penyimpanan air yang membekalkan air ke kawasan perumahan itu.

“Saya telah meminta Jurutera Daerah Jabatan Air Sandakan untuk mengemukakan laporan dan membuat permohonan peruntukan ke Ibu Pejabat Jabatan Air agar masalah di kawasan ini dapat ditangani segera.

“Selain itu,saya dapati terdapat tangki dikawasan ini tidak berfungsi selain pecah dan perlu diganti serta diperbaiki segera sebagai pusat simpanan air yang akan membekalkan air ke kawasan perumahan termasuk Ibu Pejabat Polis disini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kawasan perumahaan berkenaan.

Hadir sama pada lawatan itu  Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Azhar Mohd Hamin, Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Kerja Raya Benedict Asmat dan  Jurutera Air Daerah Sandakan Duane Alvin William.

Bung berkata, masalah bekalan air di kawasan tersebut akan berfungsi tanpa gangguan apabila kerja-kerja pembaikan dan pengantian tangki baru dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebaik sahaja laporan dan permohonan peruntukan diluluskan kelak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *