HomeUtamaCOVID-19 : 5 Kematian, 232 Kes Baharu Direkodkan Di Sabah

COVID-19 : 5 Kematian, 232 Kes Baharu Direkodkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Lima kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah melibatkan dua kes di Kota Kinabalu dan tiga kes lagi dicatatkan di Kudat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi kes pulih sepenuhnya hari ini mencatatkan angka yang rendah berbanding kes baharu iaitu sebanyak 188 kes sembuh manakala kes baharu merekodkan jumlah sebanyak 232 kes.

“Daripada 232 kes jangkitan baharu hari ini, 131 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 29 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 24 kes daripada saringan bersasar dan 32 kes adalah daripada lain-lain kes.

“10 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana enam daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala empat daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kota Kinabalu; Penampang; Kunak; dan Kuala Penyu,”katanya.

Masidi berkata, walau bagaimanapun, 10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala lima lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kudat, Sandakan, Tawau, Putatan dan Pitas.

“Pada hari ini, 10 daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Penampang, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya