HomeUtamaCOVID-19 : Lima Kematian, Kes Tinggi Hasil Saringan Bersasar Di Lokaliti PKPD

COVID-19 : Lima Kematian, Kes Tinggi Hasil Saringan Bersasar Di Lokaliti PKPD

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Lima kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini membabitkan dua kes di daerah Lahad Datu manakala Kunak, Sandakan dan Kudat masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif COVID-19 mencatatkan penurunan dua kes iaitu dari 232 kes semalam kepada 230 kes hari ini.

“Daripada jumlah kes tersebut, 96 kes adalah daripada saringan kontak rapat ; 49 kes adalah daripada saringan kluster; 16 kes adalah daripada saringan bergejala; 62 kes daripada saringan bersasar dan tujuh  kes adalah daripada lain-lain kes.

“Sembilan daerah mencatatkan penurunan kes dengan tiga daerah mencatatkan penurunan pada julat dua angka iaitu Tawau ; Sandakan dan Putatan.  Selain itu, sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes dengan dua daerah mencatatkan peningkatan pada julat dua angka iaitu Kudat dan Kota Belud,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, 12 daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kunak, Tongod, Ranau, Tuaran, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.

“Catatan kes yang agak tinggi di Sabah dipengaruhi oleh saringan bersasar oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang dilakukan di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Landung Ayang di Kudat yang mencatatkan 60 kes.

“Daerah Pitas pada hari ini mencatatkan 22 kes hasil daripada saringan Kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Pitas yang sehingga kini mencatatakan kumulatif sebanyak 43 kes positif seterusnya menyebabkan daerah Pitas berubah dari zon jingga kepada zon merah,”katanya.

Sementara itu,Masidi berkata, daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes yang lebih baik pada hari ini iaitu 16 kes berbanding 25 kes pada kelmarin dan 99 kes pada 30 Jun lalu dengan penurunan sebanyak sembilan kes,

“16 kes yang direkodkan berpunca daripada saringan lima Kluster Muhibbah Manggatal, satu Kluster Tanjung Aru Baru, tiga kes daripada Saringan Kontak Rapat dan tujuh  kes daripada Saringan Bergejala,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular