900,021 Individu Di Sabah Sudah Mendaftar Penerima Vaksin Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 38 Second

 KOTA KINABALU : Seramai 4,725 individu sudah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 hari ini di Sabah menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar adalah sebanyak 900,021 inidividu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera mencatatkan angka tinggi iaitu seramai 823,292 orang manakala menerusi laman sesawang (76,433 orang) dan talian vaksinasi (296 orang).

“Jumlah pendaftaran yang direkodkan sehingga hari ini adalah bersamaan 32.6 peratus.  Setakat hari ini juga, sebanyak empat suntikan baharu dibuat bagi Fasa Pertama Dos Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 63,056 orang.

“Bagi Fasa Pertama Dos Kedua pula, sebanyak 296suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,190 orang,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, bagi Fasa Kedua Dos Pertama PICK, sebanyak 1,595suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 328,755 orang.

Katanya, bagi Dos Kedua Fasa Kedua pula, seramai 9,793suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 153,419 orang.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Sabah merekodkan satu kes kematian disebabkan COVID-19 hari ini melibatkan daerah Tawau selain tidak merekodkan sebarang kluster.

Katanya, negeri ini turut mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi iatu sebanyak 322 kes berbanding 230 kes pada hari kelmarin.

“Daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 97 kes adalah daripada saringan kontak rapat; 142 kes adalah daripada saringan kluster; 18 kes adalah daripada saringan bergejala; 62 kes daripada saringan bersasar dan tiga kes adalah daripada lain-lain kes.

“Tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes dengan tiga daerah mencatatkan peningkatan yang ketara iaitu Tawau 112 kes (+94), Kota Kinabalu 72 kes (+56) dan Beaufort 34 kes (+19),”katanya.

Selain itu, Sembilan daerah mencatatkan penurunan kes dengan empat daerah mencatatkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kudat (-35), Kota Belud (-17), Lahad Datu (-12) dan Pitas (-10).

“11 daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kunak, Tongod, Ranau, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *