HomeUtamaSegera Luluskan SOP Sabah, Jangan Kelirukan & Timbulkan Keresahan Rakyat - ...

Segera Luluskan SOP Sabah, Jangan Kelirukan & Timbulkan Keresahan Rakyat – Salleh

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat digesa untuk segera meluluskan permohonan Kerajaan Sabah yang mahu melonggarkan sebahagian Standard Operasi Prosedur (SOP) pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Fasa Pertama di negeri ini.

Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kegagalan kerajaan pusat bagi memberi kebenaran untuk melonggarkan SOP berkenaan dengan kadar segera menyebabkan kekeliruan dikalangan rakyat.

“Selepas hampir seminggu, rakyat dinegeri ini masih menanti SOP terkini khususnya dalam tempoh PPN Fasa Pertama kerana Ketua Menteri Sabah sebelum ini turut mengumumkan beberapa sektor sosial dan ekonomi dibenarkan.

“Namun saya hairan, berita mengenai SOP Sabah yang terkini belum diumumkan.  Ini menyebabkan kekeliruan dan keresahan yang tidak sepatutnya berlaku, diharap kerajaan Pusat ambil maklum dan tolong hormati permohonan kami di Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, beliau tumpang gembira mendengar berita dimana lima negeri di Semenanjung telah dibenarkan masuk Fasa Kedua PPN pada 5 Julai nanti.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan lima negeri akan beralih ke Fasa Kedua PPN berkuatkuasa 5 Julai depan.

Lima negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jelasnya lagi, peralihan kelima-lima negeri itu ke fasa seterusnya adalah kerana negeri-negeri terbabit berjaya mencapai tiga indikator nilai ambang yang ditentukan iaitu – kes harian COVID-19 bawah 4,000, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU), serta liputan vaksinasi dua dos meliputi 10 peratus daripada keseluruhan populasi.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya