HomeLuar negaraNahas Pesawat Tentera Udara : 17 Dilaporkan Terkorban di Filipina

Nahas Pesawat Tentera Udara : 17 Dilaporkan Terkorban di Filipina

Read Time:51 Second

AFP

Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terkorban selepas pesawat tentera yang membawa 92 penumpang terhempas di selatan Filipina hari ini.

Menteri Pertahanan, Delfin Lorenzana, dalam satu kenyataan, berkata setakat ini, 17 mayat ditemui dan 40 mangsa berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat pengangkut Lockheed C-130 yang terbakar.

Jurucakap tentera, Cirilito Sobejana, berkata, pesawat itu terhempas ketika cuba mendarat di Jolo di wilayah Sulu.

“Pesawat itu membawa pasukan tentera dari Cagayan de Oro City di Mindanao apabila terhempas sekitar jam 11:30 pagi, waktu tempatan di Patikul, Sulu.

“Pesawat berkenaan terbabas dari landasannya dan cuba dikawal semula tetapi gagal. Kita sudah mengeluarkan 17 mayat dan berjaya menyelamatkan 40 penumpang setakat ini.

“Pasukan keselamatan kini berada di lokasi kejadian dan kami berharap dapat selamatkan lebih ramai mangsa,” katanya.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat itu adalah pelajar akademi penerbangan yang sudah tamat pengajian dan akan ditempatkan di Jolo untuk membantu tentera Filipina menangani kegiatan pengganas.

Pasukan kerajaan Filipina sudah beberapa dekad berperang dengan kumpulan militan Abu Sayyaf yang menguasai sebahagian besar wilayah Sulu

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Paetongtarn Shinwatra Dipilih Sebagai PM Baharu Thailand

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular