HomeUtamaSelepas 5 Negeri Beralih Ke PPN Fasa 2, Sebuah Negeri Lagi Akan...

Selepas 5 Negeri Beralih Ke PPN Fasa 2, Sebuah Negeri Lagi Akan Diumum Beralih Fasa Petang Ini : KKM

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Selepas lima buah negeri diumumkan beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula hari ini, sebuah negeri lagi akan diumumkan beralih ke PPN Fasa Kedua.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapan di Twitter menyatakan negeri berkenaan akan beralih ke Fasa Kedua selepas menepati nilai ambang yang menjadi kriteria peralihan fasa PPN.

Sebelum ini, lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terenggani dan Pahang telah diumumkan beralih ke Fasa Kedua bermula hari ini.

Dengan tambahan sebuah negeri lagi menjadikan enam buah negeri beralih ke Fasa Kedua PPN.

Menerusi ciapan itu juga menyatakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk  Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan perkara tersebut petang ini.

PPN ialah satu strategi negara untuk keluar daripada pandemic COVID-19.

Nilai ambang yang menjadi indikator peralihan ialah purata kes, pesakit di ICU dan peratusan vaksinasi.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular