HomeUtamaIndustri Pelancongan Di Sabah Dijamin Berjaya Melalui Pelan Pemulihan Pelancongan

Industri Pelancongan Di Sabah Dijamin Berjaya Melalui Pelan Pemulihan Pelancongan

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memberi jaminan akan memastikan industri pelancongan di negeri ini akan berjaya melalui Pelan Pemulihan Pelancongan yang komprehensif.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebanyak RM2.88 juga telah diperuntukkan dibawah Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 bagi diagihkan kepada pemain industri pelancongan di Sabah.

“Agihan bantuan BSP 3.0 yang diselaraskan menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah itu akan diagihkan kepada pemandu pelancong, penyelam dan malim gunung.

“Selain itu agihan itu juga akan diterima oleh porter, pengusaha hotel dan pengendali inap desa yang terjejas akibat pandemic COVID-19 ketika ini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk K.L Tan di Pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Hajiji turut berkata, beliau turut akan bertemu dengan malim gunung bagi menyampaikan bantuan kepada mereka dan untuk menyaksikan pengendalian program vaksinasi pelancongan di Kundasang.

Dalam pada itu, kerajaan Sabah turut menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk di negeri ini menerima vaksinasi menjelang bulan Oktober depan bagi membolehkan lebih banyak sektor perniagaan dan perkhidmatan dibuka semula termasuk pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik.

Hajiji turut mengulangi gesaannya agar Kerajaan Persekutuan mempercepatkan bekalan 600,000 dos vaksin pada bulan ini dan 1.2 juta dos pada bulan depan ke Sabah.

“Kami mahu mengekalkan momentum untuk memastikan penduduk mendapat vaksin secepat mungkin,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya