HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Dalam Komuniti Cetus Dua Kluster, 244 Kes Positif Direkodkan...

COVID-19 : Jangkitan Dalam Komuniti Cetus Dua Kluster, 244 Kes Positif Direkodkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Dua kluster baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah hari ini melibatkan jangkitan dalam komuniti di daerah Kota Belud.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster itu adalah Kluster Siasai Dundau dan Kluster Pintasan Kota Belud.

“Bagi Kluster Siasai Dundau, kes indeks merupakan seorang wanita berusia 24 tahun dari Kampung Siasai Dundau yang disahkan positif COVID-19 melalui saringan masuk kerja pada 28 Jun di Hospital UMS.

“Di samping itu, kes indeks juga mempunyai gejala demam, selesema dan batuk sejak pada 21 Jun lalu,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, susulan pengesanan secara aktif dan saringan kontak terhadap 132 individu, 34 lagi kes positif dikesan positif termasuk 11 kes baharu yang direkod pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 47 kes.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 11 kes didaftarkan di daerah Kota Kinabalu dan 1 kes di daerah Penampang.

“Semua kes positif bagi kluster ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth dan PKRC Kota Belud. Kontak-kontak rapat kes ini juga telah diberikan arahan kuarantin untuk pengasingan,”katanya.

Sementara itu, bagi Kluster Pintasan Kota Belud, Masidi berkata, kes mula dikesan di Hospital Kota Belud apabila kes indeks seorang wanita berusia 35 tahun dari Kampung Taun Gusi Keranjangan disahkan positif COVID-19 pada 30 Jun setelah bergejala demam, sakit tekak dan hilang deria bau sejak 28 Jun.

Katanya, berdasarkan siasatan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan dari komuniti ketika menziarahi keluarga di Kampung Pintasan pada 25 Jun.

“Pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 34 kontak mendapati 17 lagi individu dikesan positif termasuk kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes.

“Semua 18 kes positif ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC KB. Sementara, semua kontak rapat kes indeks juga telah diberikan arahan kuarantin untuk pengasingan,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Sabah merekodkan peningkatan kes positif COVID-19 hari ini iaitu 244 kes meningkat sebanyak 19 kes berbanding 225 kes semalam.

Masidi berkata, punca bilangan kes dipengaruhi oleh saringan kontak rapat sebanyak 80 kes; saringan kluster 63 kes; saringan bergejala 26 kes; saringan bersasar 59 kes dan saringan lain-lain kes sebanyak 16 kes.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya