HomeUtama7 lokaliti dikenakan PKPD di Sabah

7 lokaliti dikenakan PKPD di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan memutuskan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula Jumaat (9 Julai) iaitu Kampung Balibata, Beaufort, Kampung Pintasan, Kota Belud, Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan, dua perkampungan di Putatan iaitu Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat serta Kampung Sungai Imam, Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri berkata dalam kenyataan media hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Kampung Balibata, Beaufort, KKM telah merekodkan 12 kes positif COVID-19 setelah menjalani 25 ujian saringan di lokaliti tersebut dengan kadar positiviti sebanyak 48.00%.

Manakala, di Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara dalam tempoh yang singkat apabila sebanyak 31 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 132 orang di lokaliti tersebut dengan kadar positiviti 23.5%.

Sementara, di Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan, 238 ujian saringan dan sebanyak 25 kes positif COVID-19 telah direkodkan dengan kadar positiviti 10.50 %.

Dalam pada itu, KKM juga merekodkan sebanyak 17 kes positif telah dikesan Kampung Lembising manakala di Kampung Dumpil Keramat, 10 kes.

KKM turut melaporkan situasi terkini di Kampung Sungai Imam, Tawau, terdapat peningkatan kes iaitu 11 kes positif COVID-19 setakat ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan,” Ujar Masidi.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya