Pelantikan TPM & Menteri Kanan Luar Negeri Satu Langkah Baik Perkukuh Pentadbiran Kerajaan

Read Time:38 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut baik pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata, pelantikan itu juga merupakan satu langkah yang sangat baik dalam memperkukuhkan pentadbiran kerajaan.

“PBRS menyokong penuh pelantikan ini dan yakin akan kemampuan kedua-dua pemimpin ini berdasarkan kepada pengalaman serta pencapaian tertinggi yang telah ditunjukkan dalam pentadbiran kerajaan.

“Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk menghadapi cabaran yang sedang dialami khususnya mengenai krisis kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, ini adalah masa untuk memulihkan ekonomi negara dan bukan masa untuk berpolitik.

Justeru itu, semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam menangani pandemik ini demi kesejahteraan rakyat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.