UPPM Setiap DUN Diyakini Mampu Gerak Khidmat Agih Bantuan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

SIPITANG : Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Sabah diyakini mampu menggerakkan khidmat bagi membantu mengagihkan Bantuan Bakul Makanan di setiap kawasan.

Pengarah UPPM Sabah Datuk Matbali Musah berkata, peranan UPPM dalam menyelaras agihan bantuan itu adalah kerjasama bersama Ahli Parlimen; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Pusat Bencana Alam Daerah serta agensi yang terlibat.

“UPPM kita mempunyai jentera di akar umbi. Maka kita sentiasa mendampingi rakyat di kawasan dan usaha mengesan serta membantu rakyat terus giat diusahakan.

“Di peringkat Mukim peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pula turut giat mengesan dan mengumpul maklumat data penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan program Penyampaian Bantuan Bakul Makanan kepada Ketua-Ketua Masyarakat DUN Lumadan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sipitang Hafeez Yamani Musa di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen disini kelmarin.

Matbali berkata, pihaknya turut memuji usaha Ahli Parlimen Sipitang yang mewujudkan Bank Makanan (Food Bank) di Parlimen itu bagi membantu golongan memerlukan.

Katanya, ia juga adalah usaha pemimpin berkenaan dalam mengesan golongan terkesan ketika pandemik COVID-19.

“Saya menyeru masyarakat agar sentiasa tabah mengharungi musibah ketika pandemik wabak ini kerana usaha membantu mereka terus menjadi keutamaan kerajaan,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *