HomeUtamaKerajaan GRS Kekal Berfungsi, UMNO Sabah Pertahan Mandat Rakyat

Kerajaan GRS Kekal Berfungsi, UMNO Sabah Pertahan Mandat Rakyat

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yang ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal berfungsi seperti biasa meskipun UMNO Pusat menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pentadbiran kerajaan sedia ada akan menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat dan menghormati mandat rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“UMNO Sabah khususnya akan kekal dengan pendirian seperti mana sebelum ini, kita akan mempertahankan kerajaan GRS sekarang.

“Ini adalah mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada PRN Sabah tahun lalu.  Tugas kita masih tetap seperti biasa,”katanya.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, beliau turut menyatakan pendirian itu dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Semalam, mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.

Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan keputusan itu dipersetujui bersama dalam MKT selepas UMNO mendapati Muhyiddin gagal, terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

AJ Productions Sdn. Bhd tarik diri kerjasama penganjuran BOHEX

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular