HomeUtamaKDN Lancar Op Bantu Salur Bantuan Individu Terputus Bekalan Makanan

KDN Lancar Op Bantu Salur Bantuan Individu Terputus Bekalan Makanan

Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam melancarkan Op Bantu bagi menyalurkan bantuan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan susulan penularan COVID-19 di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, menerusi Op Bantu, semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara akan dijadikan pusat pengagihan dan penyimpanan bantuan bekalan makanan yang diberikan.

“Di peringkat lapangan, Op Bantu akan diketuai oleh 157 Ketua Polis Daerah di seluruh negara dan melibatkan penglibatan Skuad Aman Wanita (AMANITA) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di peringkat daerah masing-masing.

“Anggota RELA di lapangan juga akan ditugaskan untuk melakukan rondaan bagi mendapatkan maklumat dan bagi tujuan penyaluran bantuan kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan segera,” katanya dalam kenyataan disini kelmarin.

Hamzah berkata, pelaksanaan Op Bantu merupakan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Pelaksanaan pertama (kick-off) Op Bantu akan bermula di seluruh negara dengan melibatkan agihan sebanyak hampir 50,000 buah bakul bantuan makanan dengan segera,” katanya.

Beliau dalam masa sama meminta individu yang terputus bekalan makanan supaya memaklumkan kepada IPD berdekatan dan bagi mereka yang tidak dapat hadir, boleh hubungi IPD berhampiran melalui talian rasmi IPD atau talian WhatsApp khas Op Bantu yang akan dimaklumkan kemudian.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya