Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka Hari ini, Lulus Automatik

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:4 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula hari ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, peminjam individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro yang terjejas akibat COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai hari ini.

Katanya, ia selaras dengan pengumuman tentang Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Bank pusat itu berkata, individu, perusahaan mikro ataupun PKS tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

“Kelulusan akan diberikan secara automatik. Selain moratorium, bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej lain, termasuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan yang sesuai dengan kedudukan kewangan khusus peminjam.

“Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web atau e-mel automatik yang akan tersedia menerusi laman web bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.

“Peminjam juga boleh menghubungi bank mereka melalui telefon dan panduan akan diberikan oleh pegawai khidmat pelanggan. Jika peminjam tidak dapat menggunakan saluran digital ini, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk menghantar permohonan moratorium,” katanya.

Bagaimanapun BNM menjelaskan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman seperti moratorium bakal menyebabkan kos pinjaman meningkat secara keseluruhan kerana faedah atau keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

Sehubungan itu, bank pusat berkata, institusi perbankan dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

“Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.

“Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (iaitu faedah/keuntungan terkompaun) atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan,” kata kenyataan itu.

BNM menegaskan, Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam juga tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada tahun 2021.

Katanya, industri perbankan telah memberikan komitmen dan keyakinan untuk membantu peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan disebabkan oleh sekatan pergerakan.

“Dalam hal ini, BNM akan memantau rapi pelaksanaan program bantuan bayaran balik pinjaman oleh industri perbankan.

“Jika peminjam menghadapi apa-apa kesukaran dengan bank mereka, atau jika bayaran ansuran meningkat secara tidak munasabah, peminjam boleh menghubungi BNMTELELINK melalui bnm.my/RAsurvey untuk mengemukakan aduan mereka.

“Peminjam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program bantuan bayaran balik pinjaman ini dengan melayari bnm.gov.my/RA dan platform media sosial BNM,” katanya.

Bank pusat juga menasihati peminjam supaya mendapatkan maklumat tentang sebarang perubahan waktu operasi atau aturan perkhidmatan kaunter daripada bank masing-masing berikutan sekatan pergerakan.

“Bantuan bayaran balik pinjaman ini ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021.

“Pada masa permohonan dibuat , peminjam tidak mempunyai ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau berhadapan dengan prosiding bankrap/penggulungan (bankruptcy/winding up).

“Peminjam yang sudah pun berada dalam program bantuan bayaran balik pinjaman dan membayar balik pembiayaan mereka mengikut terma program terbabit juga boleh memohon moratorium ini,” katanya.

Selain itu, BNM berkata, peminjam individu dan PKS yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari dinasihati supaya menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat nasihat kewangan secara percuma (services.akpk.org.my).

“PKS termasuk perusahaan mikro juga boleh memohon bantuan melalui saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/smehelpdesk.

“Kaunter khidmat nasihat secara maya ini memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu pemohon mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman,” katanya. – BERITA HARIAN

𝐌𝐎𝐑𝐀𝐓𝐎𝐑𝐈𝐔𝐌 𝟑.𝟎 (𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓) 𝗟𝗶𝗻𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗼𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿𝗶𝘂𝗺 𝗔𝘂𝘁𝗼 𝗔𝗽𝗽𝗿𝗼𝘃𝗲𝗱 𝗕𝟰𝟬/𝗠𝟰𝟬/𝗧𝟮𝟬

1. Moratorium 𝙈𝙖𝙮𝙗𝙖𝙣𝙠 – https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

2. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩

https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

3. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢

https://vao.bankislam.com.my/ppb/

4. Moratorium 𝘾𝙄𝙈𝘽

https://www.cimb.com.my/covid19support

5. Moratorium 𝘽𝙎𝙉

https://www.bsn.com.my/page/TRA

6. Moratorium 𝙋𝙪𝙗𝙡𝙞𝙘 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx

7. Moratorium 𝘼𝙢𝙗𝙖𝙣𝙠

https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance

8. Moratorium 𝙍𝙃𝘽

https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747

9. Moratorium 𝘼𝙛𝙛𝙞𝙣 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY

10. Moratorium 𝙈𝘽𝙎𝘽

https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium

11. Moratorium 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙈𝙪𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙩

https://map.muamalat.com.my/

12. Moratorium 𝙆𝙪𝙬𝙖𝙞𝙩 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html

13. Moratorium 𝘾𝙞𝙩𝙞𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html

14. Moratorium 𝘼𝙡𝙡𝙞𝙖𝙣𝙘𝙚 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do

15. Moratorium 𝘼𝙜𝙧𝙤𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.agrobank.com.my/my/bbb/

16. Moratorium 𝙃𝙤𝙣𝙜 𝙇𝙚𝙤𝙣𝙜 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html

17. Moratorium 𝙎𝙈𝙀 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance

18. Moratorium 𝙎𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧𝙙 𝘾𝙝𝙖𝙧𝙩𝙚𝙧𝙚𝙙 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/

19. Moratorium 𝘼𝙡 𝙍𝙖𝙟𝙝𝙞 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance

20. Moratorium 𝙐𝙊𝘽 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page

21. Moratorium 𝙊𝘾𝘽𝘾 𝘽𝙖𝙣𝙠

https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html

22. Moratorium 𝙋𝙏𝙋𝙏𝙉

https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *