HomeUtamaKesetiaan UMNO Sabah Kepada Kerajaan GRS Tidak Terjejas - Jafry

Kesetiaan UMNO Sabah Kepada Kerajaan GRS Tidak Terjejas – Jafry

Read Time:1 Minute, 16 Second

KUNDASANG : Senario politik di negara ini tidak akan menjejaskan kesetiaan UMNO Sabah untuk terus kekal bersama rakan komponen dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah   (GRS).

Pendirian UMNO Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Bung Moktar Radin amat menghormati pendirian UMNO Pusat menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi namun di peringkat Sabah, UMNO Sabah akan terus memberi sokongan kepada kerajaan GRS dibawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah.

Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, kerajaan GRS yang dibentuk menerusi kerjasama UMNO Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) Sabah dan PBS) akan terus melaksanakan tugas mentadbir kerajaan negeri.

“Kerajaan yang ada sekarang adalah mandat daripada rakyat Sabah, ia perlu dihormati dan kita akan terus menjalankan tugas yang diamanahkan untuk kesejahteraan rakyat.

“Pada ketika ini adalah lebih baik untuk kita (kerajaan) terus fokus dan bekerja keras untuk keluar dari kemelut pandemik COVID-19 serta memulihkan dan membangunkan semula ekonomi Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Penyerahan Sumbangan kepada Malim Gunung dan Vaksinasi Petugas Gunung Kinabalu oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Kinabalu Taman Kinabalu disini pagi tadi.

Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, fokus utama ketika ini adalah usaha bagi meningkatkan kadar vaksinasi negeri bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sekaligus menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Terdahulu, Ketua  UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut menyatakan pendirian Kerajaan Sabah yang ditadbir GRS berfungsi seperti biasa dan menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular