HomeIsu tempatan1,369 Bakul Makanan Diagihkan Menerusi Program CSR Di Kampung Likas

1,369 Bakul Makanan Diagihkan Menerusi Program CSR Di Kampung Likas

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Keperitan penduduk sekitar Kampung Likas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan berupa bakul makanan sumbangan menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebuah syarikat.

Sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad itu merupakan inisiatif Kelab Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama UMNO Bahagian Sepanggar; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau dan Kelab Amal Bakti Likas (ABL).

Pengerusi Kelab Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, menerusi program itu, sebanyak 1,369 sumbangan berupa bakul makanan diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat PKPD sebelum ini.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, kawasan Kampung Likas sebelum ini telah dikenakan PKPD bermula 10 Jun lalu dan tamat pada awal Julai lalu.  Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk mengadakan program CSR bersama Puncak Niaga Holdings Berhad; UPPM DUN Darau dan ABL.

“Menerusi sumbangan CSR ini, kami mensasarkan kepada penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan PKPD selain keluarga yang terpaksa menjalani kuarantin COVID-19,” katanya.

Program CSR itu disempurnakan Pengarah UPPM Sabah Datuk Matbali Musah.

Hadir sama, Penolong Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jumat Idris; Ketua Wanita UMNO Sepanggar Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengerusi Kelab ABL Ir Aziz Julkarnain.

Musliati yang juga pelaksana program CSR berharap usaha murni itu dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjehas.

“Semoga dengan inisiatif dan budaya bantu-membantu serta kerjasama pelbagai pihak akan dapat diteruskan bagi membantu rakyat khususnya kepada golongan sasar,”katanya.

Terdahulu, Matbali berkata, pihaknya menyeru agar lebih ramai golongan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya ketika pandemik COVID-19.

Katanya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada badan korporat yang telah menjalankan CSR mereka kepada golongan terkesan terutama kepada penduduk di kawasan PKPD.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya