HomeUtamaSTAR Puji Keputusan Bung Moktar Kekal Bersama Kerajaan GRS

STAR Puji Keputusan Bung Moktar Kekal Bersama Kerajaan GRS

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan memuji keputusan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk terus bersama dalam pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jeffrey berkata, keputusan itu turut mengukuhkan status autonomi UMNO Sabah dan menunjukkan bahawa UMNO Sabah adalah parti yang mengutamakan rakyat negeri ini.

“Kerajaan GRS adalah kerajaan yang dipilih secara demokratik di negeri ini selain turut diberi mandat untuk melaksanakan tugas menjaga kesejahteraan rakyat di Sabah.

“Pihak pembangkang sering kali ingin menumbangkan kerajaan ini namun parti-parti yang ada dalam GRS tetap kukuh demi mempertahankan mandat yang diberikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu,” katanya.

Justeru itu, Jeffrey berkata, kerajaan GRS akan terus bekerja untuk rakyat selain akan menunaikan janji pada PRN lalu serta memajukan Sabah.

Katanya, STAR juga akan terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi mentadbir kerajaan Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular